… kata seorang gadis Cina-Muslim, yang ditanya oleh orang lain tentang namanya. Mengapa tidak tukar kepada nama ‘Islam’? Selama ini, saya percaya bahawa nama-nama yang mempunyai makna yang baik, tanpa mengira bahasa, boleh dikira sebagai nama-nama Islam. Untuk gadis ini, dia telah memisahkan agama dari bahasa, agama dari budaya dan agama dari bangsa. Ia mengingatkan kita bahawa agama bukan hanya untuk sekumpulan orang. Dia menyiarkan ini di blog beliau, bagi mereka yang ingin membacanya!
Blog Ng menceritakan masa beliau menerima IC beliau dari JPN. Pada masa itu, dia juga teringatkan satu masa dia menghadiri satu kuliah agama pada masa dahulu. Semasa menyema kedatangan untuk nama beliau tertulis sebagai:
Sophea Ng Binti Abdullah
Segera beliau terfikir, “sejak bila nama ayahku Abdullah?”
Terdapat amalan penamaan semua bapa muallaf ke Abdullah, yang bermaksud ‘HambaAllah’. Bagi saya, apabila kita menukar nama seseorang itu seperti tidak menghormati bapanya hanya kerana nama dia bukan nama Arab.
Lalu Ng mengambil pensil beliau dan menukar nama kepada nama yang asal, nama Cina beliau: Ng Pooi Kheng.
Seorang wanita datang untuk berjumpa dengannya dan bertanya jika ini adalah nama sebenar. Sedikit pelik bagi sesetengah orang untuk melihat seorang wanita Islam yang memakai tudung, dan mempunyai nama Cina, bukan?
Demikianlah cerita Ng di blog dia.
Walaupun begitu, dia teringat apabila seseorang telah bertanya sama ada dia menukar namanya kepada nama ‘Islam’. Tidak ramai yang mengetahui bahawa tiada ada keperluan untuk menukar nama seseorang selepas menukar agama! Setiap kali ia berlaku, Ng hanya bertindak balas dengan baik dan lembut, dengan menyatakan bahawa orang memanggil beliau Sophea sebagai nama samaran, dan ianya bukan sebahagian daripada nama sebenar.
Beliau juga menyambung dengan berkata, “Saya mungkin telah menukar agama saya tetapi saya tidak menukar bangsa saya. Saya tidak berubah bangsa menjadi orang Arab atau Melayu.” Saya faham bahawa beliau bukan membuat tanggapan perkauman dengan kata-kata beliau, dia bermaksud untuk mengatakan bahawa ramai yang menyekutu Islam dengan bangsa Melayu di Malaysia, apabila sebenarnya, agama itu sesuatu yang peribadi. Agama bererti iman, dan iman itu di hati, bukan di luar.
Beliau juga berkata “Menjadi bangsa Cina itu adalah akar saya, Islam adalah cara hidup saya, dan cara saya ‘tumbuh’.”
Indah betul kata-kata Ng. Saya bersetuju dengan sepenuh hati.