Air Ikat Tepi Berasal Dari Amerika Latin Sebenarnya Kata Wartawan Dari California Ini !!!

Seorang wartawan dari California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.

SHAH ALAM - Sebut saja air bungkus ikat tepi pasti ramai mengetahui bahawa ia sinonim dengan negara Asia termasuk Malaysia. Kalau diikutkan, air bungkus ikat tepi sangat memudahkan dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Di Malaysia kita dapat lihat di mana-mana sahaja walaupun di bandar maju ada peniaga menjual air di tepi-tepi jalan dan membungkus air minuman dengan cara tersebut.

Bagaimanapun baru-baru perkongsian seorang wartawan California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.

Perkongsian wartawan tersebut yang menggunakan akuannya @MikeElgan di Twitter berkongsi gambar air bungkus yang memberitahu air seperti itu hanya boleh didapati di sesetengah negara di Amerika Latin.

"Salah satu benda yang kelakar tentang negara Amerika Latin ini anda boleh membeli air bungkus seperti ini. (Ini adalah jus oren di Oaxaca)," tulisnya di Twitternya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dari Asia dan juga rakyat Malaysia yang terhibur dengan apa yang dimuat naik oleh @MikeElgan dan rata-rata mereka mengatakan air bungkus ikat tepi sudah lama popular di negara Asia.

Kata netizen lagi, bukan air sahaja dibungkus dengan cara sebegitu malah ada beberapa hidangan makanan turut dibungkus dengan cara sedemikian.

"Kelakar lah kau ini..nama sahaja wartawan apa tak kaji tentang negara orang ke. Kalau di Malaysia ini boleh katakan semua kedai makan membungkus air dengan cara seperti ini," kata Naim Mahmood di Twitter.

Abass Haziq memberitahu "Kalau kau nak tahu, bukan sahaja minuman malah makanan pun mereka bungkus menggunakan plastik tau dan bukan sahaja popular di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, ada netizen dari Malaysia menjemput wartawan itu datang ke Malaysia untuk tunjukkan pelbagai hidangan yang dibungkus di dalam plastik seperti itu dan ianya perkara biasa di negara Asia.

"Mike, datanglah Malaysia, kami semua boleh tunjukkan pada anda minuman atau makanan ini yang dibungkus menggunakan plastik bukan satu daerah sahaja tau malah setiap kedai di Malaysia menggunakan plastik khususnya untuk membungkus minum. Mehlah datang, aku belanja minum milo ais ikat tepi," kata Abu Naim.

Artikel Penuh :


Labels: Berita, Luar Negara, Semasa

Thanks for reading Air Ikat Tepi Berasal Dari Amerika Latin Sebenarnya Kata Wartawan Dari California Ini !!!. Please share...!

Back To Top