Malang Lelaki 'gergasi' dilarang masuk hotel sebab terlalu Besar

Malang Lelaki 'gergasi' dilarang masuk hotel sebab terlalu Besar


Sher Khan mempunyai ketinggian lapan kaki dua inci, datang ke India bagi menyaksikan perlawanan kriket antara Afghanistan dan India Barat.


LUCKNOW - Seorang peminat kriket dari Afghanistan berdepan kesukaran mencari hotel penginapan di Uttar Pradesh, India gara-gara memiliki ketinggian luar biasa.

Lelaki berkenaan, Sher Khan mempunyai ketinggian lapan kaki dua inci datang ke India bagi menyaksikan perlawanan kriket antara Afghanistan dan India Barat.

Majoriti hotel tidak membenarkannya menginap dan ada yang beranggapan bahawa lelaki itu mencurigakan.


Disebabkan itu, Khan pergi ke balai polis Naka untuk membuat rayuan dan selepas identitinya disahkan, polis membawanya ke Hotel Rajdhani, pada Selasa.

Khan memberitahu kakitangan hotel terbabit, bahawa biliknya tidak selesa. Katilnya pendek dan kakinya terlunjur, bilik air juga tidak selesa, begitu juga dengan kerusi.

Sebaik sahaja berita tentang 'lelaki gergasi' tersebar di kawasan itu, ramai yang datang ke hotel untuk melihatnya.

Keadaan ini menyebabkan khan terpaksa dikawal oleh polis ke Stadium Ekana, tempat perlawanan itu berlangsung. Namun, sekali lagi Khan menjadi tumpuan.

Khan juga meminta kakitangan hotel mengenai tempat pelancongan di Lucknow dan mahu melawat tetapi masalahnya menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam kereta.

Khan akan tinggal di Lucknow untuk empat hari sebelum kembali ke negara asalnya. - Agensi


Air Ikat Tepi Berasal Dari Amerika Latin Sebenarnya Kata Wartawan Dari California Ini !!!

Seorang wartawan dari California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.

SHAH ALAM - Sebut saja air bungkus ikat tepi pasti ramai mengetahui bahawa ia sinonim dengan negara Asia termasuk Malaysia. Kalau diikutkan, air bungkus ikat tepi sangat memudahkan dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Di Malaysia kita dapat lihat di mana-mana sahaja walaupun di bandar maju ada peniaga menjual air di tepi-tepi jalan dan membungkus air minuman dengan cara tersebut.

Bagaimanapun baru-baru perkongsian seorang wartawan California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.

Perkongsian wartawan tersebut yang menggunakan akuannya @MikeElgan di Twitter berkongsi gambar air bungkus yang memberitahu air seperti itu hanya boleh didapati di sesetengah negara di Amerika Latin.

"Salah satu benda yang kelakar tentang negara Amerika Latin ini anda boleh membeli air bungkus seperti ini. (Ini adalah jus oren di Oaxaca)," tulisnya di Twitternya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dari Asia dan juga rakyat Malaysia yang terhibur dengan apa yang dimuat naik oleh @MikeElgan dan rata-rata mereka mengatakan air bungkus ikat tepi sudah lama popular di negara Asia.

Kata netizen lagi, bukan air sahaja dibungkus dengan cara sebegitu malah ada beberapa hidangan makanan turut dibungkus dengan cara sedemikian.

"Kelakar lah kau ini..nama sahaja wartawan apa tak kaji tentang negara orang ke. Kalau di Malaysia ini boleh katakan semua kedai makan membungkus air dengan cara seperti ini," kata Naim Mahmood di Twitter.

Abass Haziq memberitahu "Kalau kau nak tahu, bukan sahaja minuman malah makanan pun mereka bungkus menggunakan plastik tau dan bukan sahaja popular di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, ada netizen dari Malaysia menjemput wartawan itu datang ke Malaysia untuk tunjukkan pelbagai hidangan yang dibungkus di dalam plastik seperti itu dan ianya perkara biasa di negara Asia.

"Mike, datanglah Malaysia, kami semua boleh tunjukkan pada anda minuman atau makanan ini yang dibungkus menggunakan plastik bukan satu daerah sahaja tau malah setiap kedai di Malaysia menggunakan plastik khususnya untuk membungkus minum. Mehlah datang, aku belanja minum milo ais ikat tepi," kata Abu Naim.

Artikel Penuh :


Tidak SEMPAT NAK RASA 'NIKMAT Sedap', MANGSA GIGIT ANU PEROGOL SAMPAI PUTUS Terkulai



Perlakuan jahat, dibalas dengan kekejaman. 

Akibat merogol seorang wanita, kemaluan seorang lelaki digigit hingga putus oleh mangsa.

Kejadian di Greenville, Carolina Selatan itu, mangsa dikatakan bertemu dengan Dennis Slaton, 61 sebelum suspek memaksa mangsa untuk ke rumahnya. 

Lelaki berkenaan bertindak ganas dengan mengacunya dengan pisau ketika mangsa di di rumahnya, petik Daily Mail.


Ketika itulah suspek cuba mencabul dan merogol mangsa, namun semuanya terbantut selepas wanita berkenaan mengigit kemaluannya hingga putus.


Bukan itu sahaja, mangsa turut menikam paha lelaki itu menggunakan pisau sebeleum cuba melarikan diri. 

Difahamkan, wanita itu keluar mendapatkan bantuan jiran bagi menghubungi polis dalam keadaan bogel. 

Malah, kejadian itu dikatakan berlaku pada Ogos lalu namun hanya minggu ini Slaton didakwa kerana mahkamah terpaksa menunggu dia pulih dari rawatan. 

Lelaki berkenaan dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan atas kesalahan rogol dan liwat. 

Sumber: CARI forum

Starbucks Terbesar Di Dunia Dibuka Di Shanghai

Di kalangan peminat kopi mahal, Starbucks ialah frankais kopi yang memang cukup popular. Sejak memulakan perniagaan pada tahun 1971 di San Francisco, Starbucks kini mempunyai puluhan ribu kedai di seluruh dunia. China ialah pasaran yang besar bagi Starbucks dengan sebuah kedai baru dibuka setiap 15 jam dan di negara ini sahaja terdapat 3,000 kedai di 136 bandar.
Starbucks Reserve Roastery 
Menyedari budaya kopi yang semakin berkembang di China, Starbucks telah membuka kedai kopi terbesar di dunia mereka di Shanghai Disember tahun lalu. Starbucks Reserve Roastery yang terletak di Nanjing Road ini mempunyai ruang lantai sebesar 30.000 kaki persegi. Ia turut mempunyai meja sepanjang 23 meter. Selain menyediakan kopi pelbagai perisa, terdapat juga pilihan menu dari Itali untuk dibaham oleh mereka yang berlidah elit. Sekiranya anda ke Shanghai dan peminat Starbucks, jangan lepaskan peluang untuk melawat destinasi kopi mahal ini.









10 + 1 Jalan Paling Berbahaya dan Paling Giler Di Dunia


Di pelbagai tempat di dunia, tidak sedikit jalan yang dianggap berbahaya untuk dilalui. Tidak kira kereta, trak, van, lori, motorsikal dan malah pejalan kaki sekalipun. Oleh itu, jalan raya paling berbahaya ini kerap disebut sebagai jalan maut di dunia.
Jadi, negara mana memiliki jalan paling berbahaya? Untuk penjelasannya, mari kita lihat jalan-jalan raya paling berbahaya seperti berikut ini.
1. Stelvio Pass Road, Itali
2. Trollstigen, Norway


3. Col de Turini, Perancis
4. North Yungas Road, Bolivia
5. Taroko Gorge Road, Taiwan (Chungheng)
6. Los Caracoles Pass, Andes
7. Lena Highway, Rusia


8. Guoliang Tunnel Road, China


9. Atlas Mountains Road, Morocco
10. The Way to Fairy Meadows, Pakistan
11. Grimsel Pass, Switzerland
Back To Top