Shaolin Soccer merupakan karya yang membuka mata penonton terhadap karya-karya lucu arahan pengarah Stephen Chow. Filem yang diterbitkan pada tahun 2001 itu menampilkan lakonannnya sendiri disamping Ng Man-tat, Zhao Wei, Kai-Man Tin, Patrick Tse dan ramai lagi.
Shaolin Soccer berjaya menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Hong Kong sebelum dipecahkan rekodnya pada 2004. Di peringkat global, filem ini berjaya mengutip kutipan sebanyak USD42 juta ketika tayangannya.
Menurut temubual bersama Premiere Magazine pada tahun 2008, Stephen Chow mendedahkan yang penghasilan Shaolin Soccer terinspirasi daripada siri animasi Captain Tsubasa!
"Actually the 'over the top' CG and kinetic soccer moves were an inspiration that came from the classic Japanese manga series Captain Tsubasa. The animation was very big in Hong Kong over ten years ago when it swept kids of all ages and even adults loved it. It has a cult following in Europe as well. But it was only possible with pen and ink back then, now with the advent of CGI, it can really be done....(the idea of combining it with Kung Fu was in my head for many years but we had to wait for the CG technology to mature)."
Shaoin Soccer merupakan filem pertama pengarah itu yang berjaya ditayangkan di seluruh dunia dan mendapat pujian yang tinggi. Malah, di beberapa negara, filem itu dialih bahasa untuk rakyat negara berkenaan.
Malah, filem tersebut juga diterbitkan dalam bentuk komik pada 2001 dan dijual di Hong Kong. Pada 2008, Stephen Chow menerbitkan filem Shaolin Girl, sebuah filem Jepun yang mempunyai konsep sama.
The Mermaid (tonton sini), menjadi filem yang berjaya mencapai kutipan paling tinggi dalam sejarah pengarahan Stephen Chow.