Polis siasat anggota benarkan rakan pegang, bergambar dengan senjata api di twitter

 Polis siasat anggota benarkan rakan pegang, bergambar dengan senjata api

FB_IMG_1673525819631.jpg
FB_IMG_1673525833814.jpg
FB_IMG_1673525844797.jpg

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang anggota polis yang membenarkan rakannya yang juga orang awam memegang dan bergambar dengan senjata api.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya mengesan gambar memaparkan anggota berpakaian seragam polis dengan orang awam itu tular di media sosial Twitter menerusi satu akaun bernama @evvok.

Katanya, siasatan awal mendapati anggota polis itu bertugas di Balai Polis Taman Johor Jaya, manakala lelaki yang memegang senjata api jenis HK-MP5 itu pula adalah rakannya.

"Gambar terbabit diambil oleh seorang lagi orang awam pada jam 2.43 pagi semalam di hadapan balai polis itu.

"Ketika gambar itu diambil, anggota polis berkenaan sedang bertugas membuat pengawalan di Pos Pengawal Balai Polis terbabit," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, tujuan gambar itu diambil adalah sebagai kenang-kenangan, namun ia dimuat naik ke dalam media sosial sehingga tular.

"Orang awam yang memegang senj4ta api dan seorang lagi individu awam yang mengambil gambar itu adalah rakan kepada anggota polis berkenaan yang semuanya berusia 25 tahun.

"Tindakan anggota polis itu membenarkan orang awam memegang senjata api ketika bertugas adalah satu kesalahan yang melanggar tata kelakuan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Anggota itu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.

Terdahulu, tular gambar memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok bersama seorang orang awam yang sedang memegang senj4ta api.

Satu lagi gambar menunjukkan orang awam itu membuat gaya seperti mengacukan senjata api berkenaan ke arah anggota polis terbabitt.
Back To Top