Tiba-Tiba RM780 Juta Masuk Dalam Akaun Bank



Siapa je tak ingin jadi jutawan, lagi-lagi bila jadi jutawan secara tiba-tiba?

Seorang lelaki daripada Hunan, China menerima durian runtuh apabila secara tiba-tiba wang RM780 juta (1,212,405,360 Yuan) masuk ke dalam akaun simpanannya.



Kejadian berlaku apabila Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baru di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, pada jam 3 petang, Ahad lalu.

Namun Liu tidak menyimpan duit berkenaan sebaliknya beliau segera ke kaunter bank dan pihak bank mengakui ia adalah daripada kesilapan mereka. Atas kejujuran Liu, beliau diberikan angpau sebanyak RM130.
Labels: Luar Negara

Thanks for reading Tiba-Tiba RM780 Juta Masuk Dalam Akaun Bank. Please share...!

Back To Top